The Teaser Facial Face Mist by Yasmin Secret Disahkan Selamat

March 11, 2019

Produk kosmetik digunakan secara meluas oleh pelbagai golongan individu. Oleh yang demikian, pengguna perlu lebih mengenali dan mengetahui tentang produk kosmetik yang digunakan sebagai langkah ke arah penggunaan produk kosmetik yang selamat. Selain itu, setiap individu mungkin mempunyai reaksi yang berbeza walaupun menggunakan produk yang sama. 

Hal ini disebabkan kesan produk kosmetik terhadap seseorang individu turut bergantung kepada mekanisma perlindungan semula jadi dalam badan seseorang dan juga terhadap faktor pendedahan kepada persekitaran yang berbeza-beza




Sebagai pengguna, anda turut memainkan peranan yang penting untuk mengekang produk kosmetik yang tidak selamat atau tidak berkualiti. Elakkan daripada membeli atau menggunakan produk yang meragukan. 

Sekiranya mengalami kesan sampingan akibat penggunaan produk kosmetik, pengguna dinasihatkan agar menghentikan penggunaan produk yang terlibat dengan kadar segera dan jika perlu, rujuk kepada profesional kesihatan. Di samping itu, pengguna diseru agar melaporkan kesan sampingan yang dialami tersebut kepada BPFK agar siasatan dapat dijalankan dengan lebih terperinci.


The Teaser Facial Face Mist by Yasmin Secret disahkan selamat.
Anda boleh menggunakan produk ini tanpa was-was.

You Might Also Like

0 comments