3 Tips Asas Penjagaan Kulit Wajah

March 13, 2019

Wanita dan kecantikan kulit berpisah tiada, bagaikan irama dan lagu. Walau seringkas mana pun lifestyle sesorang wanita, rutin penjagaan muka pasti tidak ditinggalkan, walaupun ada masanya kita sangat sibuk dengan rutin harian atau pun rasa tak bersemangat nak jaga kulit muka melanda. Dengan kata lain, rajin belek muka yang bermusim! Ada tak yang spesis macam ni? Biasalah, kita ni manusia kan, ada fasa turun-naik dalam buat sesuatu rutin tu. 

Jadi harini ni, kami di Yasmin Secret nak share dengan anda 3 tips asas penjagaan wajah yang sangat mudah untuk kita buat. Jom kita baca perkongsian ini.


1. Cuci muka 2 kali sehari 

Pada waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur, wajib cuci muka dengan pencuci muka pilihan anda. 

Untungnya kita sebagai orang Islam, di kala kita ambil wuduk sekurang-kurangnya untuk tunaikan solat Fardhu 5 waktu sehari semalam tu, kita dah cuci muka kita sebanyak 5 x 3 = 15 kali sehari dengan menggunakan air mutlak sahaja. Itu belum kira lagi jika kita berwuduk untuk solat sunat, mengaji, atau yang sentiasa menjaga wudhuk, memang sentiasa cuci muka. 


2. Pakai Pelembap Wajah (Siang dan Malam)

Step No. 2 ni la yang ramai malas nak buat kannnn? Rasa macam alahai, renyahnya nak sapu-sapu krim pelembap siang dan malam ni. Dah la dalam keadaan cuaca yang sangat panas kat Malaysia sekarang ni. Rasa melekit semacam jer. Jadi, kita kenalah pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit kita dan cuaca kat Malaysia ni. Mungkin water-based mosturizer adalah pilihan yang sesuai untuk cuaca di negara kita ni. Ini boleh dapatkan khidmat nasihat daripada ahli farmasi atau seller produk yang kita beli.


3. Minum air masak yang mencukupi mengikut sukatan berat badan

Nak cantik, nak badan sihat, mesti minum air masak yang mencukupi dan sesuai dengan berat badan kita. Bukan semua orang perlu minum 3 liter air sehari yer, jangan salah faham tu. Timbang dulu berat badan berapa, kemudian buat kiraan berapa liter air masak sehari kita wajib minum. Dengan cuaca panas ni, lagilah kena minum air dengan kadar yang mencukupi. Bila air dah cukup dalam badan, pembuangan toksin pun dapat berjalan lancar, kulit badan dan wajah pun akan nampak berseri sebab kelembapan terjaga menjadikan kulit nampak berseri secara semulajadi.


NAK TIPS TAMBAHAN UNTUK PENJAGAAN KULIT WAJAH?
Okey, kami kongsikan rahsianya di sini khusus untuk anda yang sudi membaca blog kami ni. 

Tips dan rahsianya ialah...
Gunakan The Teaser Facial Face Mist by Yasmin Secret! 

Dengan hanya spray sahaja, ia dapat membantu anda mendapatkan kulit wajah yang berseri dan membantu merawat kulit yang bermasalah.

Semoga 3 Tips Asas Penjagaan Wajah ini dan Tips Istimewa daripada Yasmin Secret ini dapat membantu korang menjadikan rutin penjagaan kulit wajah sebagai rutin yang sangat menggembirakan. 

Nantikan Tips Kecantikan seterusnya daripada kami dengan menekan Label Tips Kecantikan. Terima kasih kerana sudi membaca blog kami. 

Nak dapatkan The Teaser Facial Face Mist dan berhubung dengan kami? Anda boleh tekan Link di bawah ini:

 CONTACT US

You Might Also Like

1 comments

  1. salam...Terima kasih sudi share tips kecantikan untuk semua. kat sini saya nak share jugak. saya dah guna The Teaser ni. kami panggil TT. memang best power magic produk ni. puashati pakai. muka glowing memang best sangat. selain tu, sebelum ni saya ada masalah kulit kusam dan jeragat. sekarang saya pakai TT, muka saya sangat2 licin. 1 kesan pun dah tak de. korang patut cuba produk ni.

    ReplyDelete